Monday, February 15, 2010

SEJARAH DATUK AROOM - KAPITAN MELAYU MELAKA

Diriwayatkan, melalui mulut kemulut, turun menurun, bahawa seorang pedagang dan pelayar yang berjiwa besar dan mempunyai azam yang kental, telah belayar dari Tiongkok dengan mengibarkan bendera putih berlambangkan “Ta” dari Tiongkok, dengan membawa dagangannya termasuk kain sutera, tembikar dan lain-lain khazanah keluaran Negeri China untuk ditukar dengan timah, rempah ratus serta lain-lain.

Setelah belayar berbulan bulan akhirnya, mereka tiba diperairan Selat Melaka dan sedang menghampiri pelabuhan Melaka, ribut taufan telah melanda dan kapal mereka telah tenggelam.

Bila ribut pun reda, penduduk kampong dipantai Kelebang telah beramai-ramai telah berebut-rebut memungut barang hanyut yang terapung digigi air, apabila sekumpulan kanak-kanak menjumpai seorang yang tidak sedarkan diri dipantai dan memanggil ibubapa mereka yang sedang sibuk mengumpul barangan hanyut.

Mereka mendapati seorang pemuda Cina bernyawa-nyawa ikan lalu mengusungnya kerumah ketua kampong. Pada masa itu azan berkumandang diudara, dan pemuda itu telah sedarkan diri dan menanyakan suara melaung-laung yang didengar itu. Setelah diterangkan bahawa laungan Azan itu memanggil ummah untuk mengerjakan solat beliau minta diislamkan. Pemuda itu yang bernama Tan Seek Teong diberi nama Islamnya Harun [kemudiannya dipanggil Haroom, Arom, Aroom, dan lain lain bergantung siapa yang menyebutnya]

Beliau kemudiannya dikatakan telah berkahwin dengan Cik Zainab serta menjadi penduduk contoh, dipercayai dan dihormati. Lama kelamaan setelah menampakkan kepimpinan yang mantap, pemikiran yang bernas dan sentiasa menegakkan keadilan, beliau diamanahkan menjadi pemimpin Melayu yang disegani.

Datuk Aroom dikurniakan empat orang anak lelaki bernama Sulong, Samsudin, Puteh dan Surin.



Dalam tahun 1641, setelah Portugis memerintah Melaka sejak tahun 1511, Datuk Aroom dan orang-orang nya membantu Belanda mengalahkan Portugis dan beliau telah dilantik menjadi Kapitan Melayu Melaka dan dianugerahkan tanah diSungai Putat dan Bukit Beruang [yang kemudiannya dijadikan tempat persemadian beliau dan keturunnya TETAPI dinamakan “TAPAK SEJARAH NISAN ACHEH” sahaja oleh pakar-pakar sejarah Melaka]

Juga Pemerintah Belanda, kerana pentabdirannya mesra Keagamaan serta menggalakkan pembinaan rumah-rumah ibadah, telah memberi tanah untuk membina Masjid yang kemudiannya dinamakan Masjid Kampung Ulu, diperbuat daripada kayu yang dibawa dari Cina. Dan apabila disiap pada tahun 1670 dan digunakan, telah menibarkan bendera kemegahannya “Gagah Perkasa” [Sehingga diturunkan pada tahun 1962, setelah berkibar selama 292 tahun]

Datuk Aroom juga telah diberi tanah-tanah untuk menempatkan waris keturunannya, pegawai-pegawai masjid, hamba-hambanya serta pengikutnya yang kemudian dinamakan Kampung Ulu, Kampung Keling and Kampung Kuli.

Datuk Aroom telah kembali ke Rahmatullah meninggalkan Wasiat Terakhirnya [belum dapat dikesan lagi]. Datuk Aroom telah disemadikan di Bukit Beruang bersempadan Sungai Putat [dan kemudiannya dijadikan Makam dengan berbatu Nisan ditempah dan dibawa dari Acheh [Datuk Samsudin, Datuk Budiman, Datuk Mohamad @ Ahmad juga disemadikan disitu], diluar kawasan Makam, dibenarnya menjadi tempat pengkebumian Keturunannya, hamba hambanya. Walau bagaimanapun dibenarkan juga menjadi tempat pengkebumian penduduk tempatan menggunakannya diwaktu “darurat” termasuk penduduk beragama asing.

Datuk Samsudin telah dilantik sebagai Kapitan Melayu II menggantikan ayahnya yang telah tua dan uzur dan beliau telah memperbaiki Masjid Kampung Ulu pada tahun 1741 dan menggantikan papan lantai dan dinding masjid dari kayu dengan batu-batan serta bata yang dibuat di Kampung Batu Bata.

Pada tahun 1703, Datok Aroom dilantik mewakili Signor Bernard Phoonsan, Gabenor dan Pengarah Kota dan Bandar Melaka untuk keNaning untuk menerima perletakkan jawatan ketua Naning, Penghulu Orang Kaya Seri Raja Merah, kemudian melantik dan menabalkan anak Penghulu Orang Kaya, Seri Maharaja Juara Magat sebagai Penghulu Naning yang baru. Terdahulu Juara Magat telah diutuskan oleh Datuk Aroom menangkap atau membunuh pengkhianat dan penculik gundik Sultan Johor, Ganta Delangit yang telah melarikan diri bersama Gundik tersebut keNaning. Diberitahu berita itu, Ganga Delangit telah melarikan diri bersama gundik Sultan ke Muar tetapi dengan kegigihan serta kecekalan Magat, beliau dapat dikesan oleh Juara Magat dan membunuhnya didalam sampan dimuara Sungai Muar. Gundik itu dapat diselamatkan dan diserah kepada Sultan Johor melalui Gabenor Melaka, Signor Bernard Poongsan.

Ekoran jasanya itu, Juara Magat dianugerahkan Pangkat Seri Mahkota dan Datuk Aroom dianugerah tanah dari Klebang ke Sungai Baru dan ke darat sampai ke Bertam.

Datuk Shamsudin telah membeli beberapa harta dan tanah di Bandar Melaka serta di sekitar Negeri Melaka dan Naning [pada masa itu dirangkum kedalam jajahan Melaka kini]. Kebanyakkan tanah dan harta di Bandar Melaka telah di “wakafkan” kepada masjid Kampung Hulu bagi kegunaan perbelanjaaan pengurusan dan pentadbiran Masjid seta pegawainya. Untuk perhatian, Masjid Kampung Ulu, tanah dan harta-harta Masjid Kampung Ulu tidah pernah diwakafkan kepada sesiapa atau mana-mana pihak dan berdasarkan Wasiat Terakhir.

Dato Samsudin, ianya hartanya sendiri dan diharamkan daripada dijual atau ditukarmilik. Dato Samsudin telah membuat Wasiat Terakhirnya di Masjid Kampung Ulu pada 27hb. Jamadil Akhir 1176 Hijrah [bersamaan 10hb Mei 1779 masehi?] Diluluskan oelh Haji Najumudin bin Fateh Abdulrahman dan telah pulang ke rahmatullah pada 19hb. Zulhijjah 1179 [bersamaan 31hb Oct 1782 Masehi] iaitu 3 tahun, 5 bulan 21 hari selepas wasiatnya dibuat dan ditandatangani. Berdasarkan dokumen-dokumen sejarah [yang disahkan oleh Akib Negara] ‘Claims of Improprioters – Malacca land’ hanya ujud 10 [sepuluh] tuan tanah termasuk 4 [empat] Kapitan Melayu [atau waris] mereka telah dikumpulkan dalam satu perjumpaan diantara Pihak Kerajaan dan 8 tuan tanah tersebut pada Selasa 10hb. Oct 1826. Geran-geran tanah mereka telah dikumpul dengan alas an untuk ditukar kepada Geran Baru, konon-nya. Setelah sedar bahawa geran-geran baru mengandungi syarat-syarat baru yang akan merugikan mereka, tuan-tuan tanah terdiri daripada orang Melayu (Kapitan-Kapitan Melayu atau waris mereka] telah mengemukakan Petisyen di Mahkamah Tinggi Straits Settlement di Malacca pada tahun 1664.

Berdasarkan tulisan Jonathan Cave berjudul “NANING IN MALACCA” dan juga tulisan Lieut. T.J. Reynold, Esg., dari 23rd Reg. Madras Light Infantry, bertajuk “POLITICAL AND STATISTICAL ACCOUNT OF THE BRITISH SETTLEMENTS IN THE STRAITS OF MALACCA” juga disahkan oleh Arkib Negara, kawasan yang dinamakan “Pangkalla Awor” seluar 2.5 batu persegi dan “Sarang Gaja” serta “Pantchoor” seluas 2 batu persegi adalah kepunyaan “Intgi Haroom” dan anaknya Surin tidak pernah menyerah atau memindah hak tanah-tanah tersebut kepada sesiapa. Apabila The Mohamedan and Hindu Endowment Board ditubuhkan, Apabila tiada usaha oleh waris keturunan Kapitan Melayu menuntut harta peninggalan mereka, Mahkamah Tinggi Melaka telah menyerah kesemua harta dibawah amanah dan pentadbiran Lembaga.

Pada tahun 1918, Hajah Aminah binti Samsudin cicit kepada Datuk Samsudin bin Aroom, telah memfail Petisyen di Mahkamah Tinggi Melaka [Originating Summons No 13 of 1919] menuntut sebahagian dari harta tersebut [keputusannya tiada dalam rekod]. Mohamedan dan Hindu Endowment Board telah dimansuhkan oleh Majlis Agama Islam Melaka telah ditubuhkan dibawah Pengistiharan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung pada tahun 1994.

Majlis Agama Islam Melaka telah mengambil alih sebagai Pemegang Amanah dan Pentadbir Harta Pusaka Datuk Samsudin termasuk Masjid Kampung Ulu dan harta “Wakaf” nya melalui “Malacca Legal Notification” bertarikh 16hb. Januari 1964.

Satu Petisyen telah difailkan di Mahkamah Tinggi Melaka [PETITION NO: 31-22-TAHUN 1989] dan seterusnya Usul Pemula [USUL PEMULA NO:23-4 TAHUN 1991].
Ianya terhenti ekoran pemergian Haji Ja’afar Bin Ahmad Shawal, ahli keturunan dan Penderma kepada kos-kos perbelanjaan tindakan Mahkamah, diikuti oleh Pemetition, arwahTuan Haji Abdul Latif. Tindakan melalui Mahkamah Tinggi ini telah memakan masa begitu lama dan menghadapi beribu rintangan serta onak dan duri selain memerlukan puluhan ribuan ringgit, [jika tidak ratusan ribuan ringgit].

Sementara itu juga, pelbagai masaalah perlu dilalui, termasuk Tangguhan demi tangguhan di mhkamah, penukaran demi penukaan Peguam, pertelingkahan diantara waris keturunan. Hakim-hakim sering berganti, tindakan menyingkir Pentadbir yang juga tidak jujur yang bukan waris keturunan yang melantik peguam yang bukan peguam. Tiada peguam Melaka yang sanggup mengambil alih dan meneruskan kuasa dimahkamah serta pelbagai masaalah yang tidak perlu saya huraikan didalam buku ini.

Mungkin dimasa hadapan, jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, bila perkara ini tidak menjadi ‘Sub-Judice’ lagi, cerita sedih dan derita serta serta pengianayaan yang ditanggung oleh kebanyakan Waris Keturunan dapat ditamatkan, dan bermulalah kegemilangan serta kehebatan Waris Keturunan Datuk Aroom, dengan terbangunnya ‘Perkampungan Hadhari Datuk Haroom” di Bukit Beruang dan Sungai melalui ‘Yayasan Datuk Aroom’ yang ditubuhkan sesuai dan sejajar dengan arahan dan amanat yang diwasiatkan oleh Datuk Samsudin bin Datuk Aroom, InsyaAllah.

Amin, Wassalam,

Mohamed Ahmad Shawal PJK

23 comments:

  1. terima kasih ...dapat juga saya mencari info berhubung dengan dato' arom..

    ReplyDelete
  2. Baru semalam jumpa makam nye...tu tertanye2...nasib dah baca info ni...

    ReplyDelete
  3. Kenalx arwah nenek sy nama nyonya binti yaakop bin sy da lupa

    ReplyDelete
  4. Pernah attend sekali perjumpaan keluarga kat melaka tahun 2000 berapa tak ingat.baru tahu ada kena mengena ngan tok aroom ni..

    ReplyDelete
  5. just nak tny, is it ok for me as a non muslim to come and pay a visit to the site? sy berminat dgn sejarah2 melaka ni and suka melawat tempat2 bersejarah.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, eloknya kite sebagai waris saling kenal mengenali Dan teruskan silaturrahim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita berkenaan salahsilah daro aroom ni teltelah saya dengar sejakntahun 1979 dari ayah saya sendiri dan bubuku salahsilahnya pon ada pada waktu tu.
      Setelah ayah kembali ke rahmatullah, segala usaha telah terhenti sehingga kini...

      Delete
  7. Arwah cik khalid sgt rapat dgn keluarga kami..ayah sy anak sedara beliau bernama Mahdi ZainalAbidin. Kami keluarga dibelah Rawang... kami sekeluarga pernah menyertai perkumpulan keluarga keturunan Dato Aroom dimelaka...tp terhenti disitu...kalau boleh kite berkumpul semula sebagai sanak saudara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer arwah ayah saya en abd khalid memang pengkkut setia kes ni.pernah ayh bawa saya ke mahkamah utk ikuti kes ni.jumpa en shawal.dpt juga lihat susur galur keturunan dato arom.memang byk rintangan masa tu.kes pun masih x selesai sampai sekrg.

      Delete
  8. Saya shahril bin Arof dari melaka,tinggal di Kuala Lumpur.
    Saya pernah melihat salahsilah keluarga saya didalam satu lembaran kertas lama yg menunjukan Nama Dato Kapitan Samsudin sebagai org paling atas didlm salahsilah tersebut dan juga geran merah atau di panggil geran belanda yg mana tanah2 kepunyaan moyang2 saya yg berada di Kg Hulu, tengkera dan Tangga Batu.. ianya disimpan oleh saudara jauh saya bernama Hamid Kucing sudah meninggal dunia tinggal di pantai kundur..ada sesiapa yg tahu tentang cerita ini..boleh hubungi saya di shahril.arof@gmail.com atau 0129734973.
    Saya ingin kumpulkan salah silah keturunan Dato samsudin..Insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat la grp dan add. Sy juga slh sorang keturunan datuk aroom. 0197116595

      Delete
  9. Sya dri melaka...
    Bagus cadangan tuan hamba tu....
    Sya pn salah sorang dri keturunan datok aroom....@ datok samsudin...

    ReplyDelete
  10. Arwah Datuk Saya Hj Said Abu Bakar antara waris Masjid Kg Hulu. Asal dia Melaka Pindah dan Membina rumah di Paya Rumput Melaka ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ

    ReplyDelete
  11. Arwah pakcik sy pnh kendali kan kes ini..sbhgn hidupnya perjuangkn hak keturunan dato aroom ni..akhirnya dia pergi tnpa dpt selesaiknnya..al fatihah

    ReplyDelete
  12. Betul ke cerita diatas ini?
    Waris betul waris,tapi ada yg bukan waris pon mengaku waris.
    Ada yg dah dapat harta pon makan sorang2, nama aje persatuan.dah dapat semua tutup mulut.waris kayap,yg mengaku² waris kaya raya makan harta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la dia...sebab ade blog yg buat statement yg ni semua tak betul...and tak tau plak ade waris yg dapat harta...kene go thru pengkajian menyeluruh yg mana for sure research etc nak kene ada dana...mungkin baru lah tersingkap kisah sebenarnye...

      Delete
  13. Top UK Casino Sites for 2021
    Top UK Casinos. Top UK Casinos The UK's favourite online casino sites offer a diverse selection of games available online, ๐Ÿ† Best New Online Casino: Bovada⭐ Claim Bonus: 100% up to ์นด์ง€๋…ธ์‚ฌ์ดํŠธluckclub £100๐ŸŽฒ Total number of slots: Over 30๐ŸŽ Best Live Dealer Casino: Ignition

    ReplyDelete
  14. For info kisah Dato Arom ini amat menarik pernah beberapa kali diceritakan oleh Al Marhum TG Hj Ahmad B Hj Abd Wahab. Rupa2nya ia adalah keturunan isteri sebelah ibunya Hj Halimah Bt Mohd dikhabarkan generasi ke lapan. In shaa Allah ada kesempatan boleh add kan saya dlm grup sahabat2 yg ader sedara mara dlm pertalian berkaitan dgn hal ini. 012-3701062 Feizal utk kumpul sedara

    ReplyDelete
  15. Baru tahu cerita pasal datok arom dan salasilah keturunan. Rupa2nya sampai ke Penghulu Sulaiman, moyang saya.

    ReplyDelete